Thursday, June 26, 2014

Melaka Bandaraya Bersejarah: Prolog / Historic City of Malacca: Prologue




Salam sejahtera,

Selamat datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah, bandar raya tertua di Malaysia yang dikenali sebagai ibu negara kepada salah satu daripada kerajaan Melayu Islam terawal di Asia Tenggara iaitu Kesultanan Melayu Melaka. Bandaraya Melaka merupakan salah satu daripada dua bandar raya di Malaysia yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) pada 7 Julai 2008; bandar raya kedua yang diwartakan sedemikian ialah Georgetown di Pulau Pinang. Mula dibangunkan pada tahun 1396, segala-galanya bermula apabila Parameswara, seorang putera Srivijaya dari Palembang, Sumatera, yang berdepan dengan serangan oleh kerajaan Majapahit. Baginda berundur ke Temasik (sekarang Singapura), tetapi berdepan pula dengan serangan oleh kerajaan Siam (sekarang Thailand). Seterusnya, baginda berundur ke Muar sebelum akhirnya tiba di satu kawasan berhampiran muara Sungai Melaka yang menjadi tapak kepada bandar lama Melaka dan seterusnya Kesultanan Melayu Melaka.

Cerita penubuhan bandar raya dan seterusnya Kesultanan Melayu Melaka sememangnya sangat menarik. Semasa Parameswara sedang duduk berehat, tiba-tiba anjing baginda ditendang oleh seekor kancil putih. Baginda yang melihat peristiwa tersebut percaya bahawa ia menandakan bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan bertuah dan berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai sebuah kerajaan. Maka, baginda bertanyakan nama pokok tempat baginda bersandar, dan jawapannya ialah pokok melaka (Phyllanthus emblica). Dari situlah datangnya nama Melaka.

Bandaraya Melaka yang mempunyai populasi sejumlah 503,127 orang penduduk (bancian 2010) terletak lebih kurang 145 km dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan E2. Satu-satunya stesen kereta api di negeri Melaka ialah Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang juga dikenali sebagai Stesen Kereta Api Tampin. Sebelum ini satu laluan kereta api cabang dari Pulau Sebang / Tampin ke Melaka pernah dibina, tetapi ia telah pun dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, Melaka juga dihubungkan melalui pengangkutan udara di Lapangan Terbang Batu Berendam (IATA: MKZ) ke Subang (Firefly), Medan (Firefly) dan Pekanbaru (Sky Aviation dan Wings Air).

Jalan masuk utama ke Melaka adalah seperti berikut:-
  1. Lebuhraya Utara-Selatan E2: Keluar dari lebuh raya melalui Exit 221 Persimpangan Ayer Keroh dan terus ke pusat bandar raya melalui Lebuh Ayer Keroh FT143 dan Jalan Mufti Haji Khalil FT142.
  2. Lebuh AMJ FT19/FT5: Bagi pengguna jalan raya dari arah Tampin, Seremban dan Muar yang mahukan laluan alternatif bebas tol, anda boleh menggunakan Lebuh AMJ FT19/FT5.
  3. Jalan Persekutuan 5: Bagi mereka yang datang dari arah Port Dickson, anda boleh menggunakan Jalan Melaka-Port Dickson FT5. Namun, laluannya berkelok-kelok dan berselekoh di hampir keseluruhan jajaran. Jika anda ingin memotong sebahagian besar jajaran yang banyak berselekoh, anda boleh menggunakan Jalan Kuala Linggi-Masjid Tanah FT138 yang lebih lurus dan kurang berselekoh.

Kepada para pelancong yang hendak ke Melaka, berikut merupakan petua berguna kepada anda:-
  1. Waktu paling sesuai untuk melawat Melaka ialah pada bulan Jun hingga Julai serta Disember hingga Februari.
  2. Jalan-jalan di bandar lama Melaka adalah sangat sempit dan boleh jadi menyesatkan. Bagi pelancong yang kurang arif akan jalan-jalan di bandar lama Melaka, sentiasa bawa peta atau GPS bersama-sama anda. Elakkan daripada menggunakan kereta untuk menyelusuri jalan-jalan di bandar lama Melaka, sebaliknya adalah lebih baik jika anda menyewa basikal, motosikal ataupun sekadar berjalan kaki sahaja untuk menerokainya. Kebanyakan jalan di pusat bandar raya terdiri daripada jalan raya sehala, jadi rancanglah perjalanan anda dengan teliti. Selain itu, Bandaraya Melaka juga kekurangan petak parkir.
  3. Terdapat banyak hotel yang boleh anda pilih di Melaka bersesuaian dengan bajet anda, tetapi hotel-hotel tersebut sering penuh setiap kali semasa musim cuti sekolah ataupun musim perayaan. Oleh itu, rancang percutian anda dan tempah bilik hotel lebih awal.
  4. Mutu perkhidmatan sistem pengangkutan awam di Melaka boleh dikatakan agak teruk. Bas henti-henti di sana tiada jadual tetap; kalau ada pun, ia sering tidak mengikuti jadual. Anda perlu banyak bertanya untuk memastikan bahawa anda berada di dalam bas yang betul. Teksi-teksi di sana juga tidak bermeter, jadi anda perlu pandai tawar-menawar untuk menaikinya. Justeru, berkenderaan sendiri ialah cara terbaik untuk berjalan-jalan di bandar raya Melaka
  5. Jangan datang pada hari Selasa kerana pada hari tersebut kebanyakan muzium, kedai dan restoran ditutup.

Ikuti epsod pertama pengembaraan Blog Jalan Raya di Jalan Melaka-Port Dickson FT5.



Hello everyone,

Welcome to the Historic City of Malacca, the oldest city in Malaysia which was known as the capital of the Sultanate of Malacca, one of the earliest Muslim Malay kingdom in Southeast Asia. Malacca City is one of the two Malaysian cities being gazetted by the United Nations of Education, Science and Culture Organisation (UNESCO) on 7 July 2008; the other city being gazetted towether is Georgetown in Penang. Established in 1396, everything started when Parameswara, a Srivijayan prince from Palembang, Sumatra, faced the invasion by Majapahit. He fled to Temasik (now Singapore), but then he faced yet another attack from Siam (now Thailand). Next, he took refuge to Muar before settling down at an area near Melaka River which would later became the seat of the old Malacca City and subsequently the Malay Sultanate of Malacca.

The story of the foundation of the city and later the Malay Sultanate of Malacca is indeed very compelling. One day, when Parameswara was resting, suddenly his hunting dog was kicked by a white mousedeer. He witnessed the event and believed that it was a sign of luck and high potential for him to establish his kingdom. So, he asked about the name of the tree that he rested under, which was the melaka tree (Phyllanthus emblica). Hence, the state assumed its current name.

The city of Malacca with the population of 503,127 people (2010 census) is located about 145 km from Kuala Lumpur via the North-South Expressway E2. The only train station in Malacca is Pulau Sebang Train Station, also known as Tampin Train Station. Previously, a spur rail line from Pulau Sebang / Tampin to Malacca was once build, but it was later being dismantled during the Second World War. Besides, Malacca is also linked by air transportation via Batu Berendam Airport (IATA: MKZ) to Subang (Firefly), Medan (Firefly) and Pekanbaru (Sky Aviation and Wings Air).

The main gateway to Malacca via road are as follows:-
  1. North-South Expressway E2: Exit the expressway at Exit 221 Ayer Keroh Interchange and proceed to the city centre via Lebuh Ayer Keroh FT143 and Jalan Mufti Haji Khalil FT142.
  2. Lebuh AMJ FT19/FT5: For those from Tampin, Seremban and Muar who prefer toll-free alternative instead,  Lebuh AMJ FT19/FT5 is for you.
  3. Federal Route 5: For those coming from Port Dickson, you can use the Malacca-Port Dickson Road FT5. However, please take note that the route is winding and full of corners for almost the entire route. If you want to bypass most of the corners, try using the Kuala Linggi-Masjid Tanah Road FT138 which is straighter with less corners.

To all tourists going to Malacca, here are the useful tips for you:-

  1. The most suitable time to visit Malacca is on June until July and December to February.
  2. The streets within the old town of Malacca are very narrow and can be a confusing labyrinth. For those who are unfamiliar with the streets, always bring along a map or a GPS unit together with you. Avoid using cars to manoeuvre along the streets of Malacca old town; instead, it is advised for you to hire a bicycle, a motorcycle or simply walk along the streets. Most of the streets are one-way streets, so plan your journey carefully. Besides, expect the lack of parking space along the old town.
  3. There are plenty of hotels that suit your budget in Malacca, but they are always fully-occupied during school holidays or festive seasons. Therefore, plan your holiday and book the rooms earlier.
  4. The quality of public transportation services in Malacca can be considered as bad. Intercity buses have no fixed schedule; even if they do have, they always do not adhere to the schedule. You'll need to ask a lot to ensure that you take the correct bus. Malaccan taxis do not use meters, so you have to be smart in haggling before boarding one. Hence, own transport is the best way to move around Malacca City.
  5. Avoid coming on Tuesdays because most museums, shops and restaurants are closed during that day.

Check out the first episode of Malaysian Highway Blog journey along the Malacca-Port Dickson Road FT5.

No comments:

Post a Comment