Tuesday, October 9, 2012

Cadangan: Konvoi Ulang Tahun Pertama Blog Jalan Raya Malaysia / Proposal: Malaysian Highway Blog 1st Anniversary Convoy




Salam sejahtera,

Lebih kurang sebulan daripada sekarang, Blog Jalan Raya Malaysia akan menyambut ulang tahun pertama sejak mula ditubuhkan pada November 2011. Blog Jalan Raya Malaysia lahir dengan matlamat untuk menyokong usaha Kementerian Kerja Raya Malaysia dalam memartabatkan jalan raya dan lebuh raya Malaysia. Setakat hari ini (9 Oktober 2011), Blog Jalan Raya Malaysia telah dilawati lebih 29 ribu pengunjung.

Sebagai menghargai sokongan anda terhadap Blog Jalan Raya Malaysia, saya sekarang sedang merancang untuk mengadakan satu konvoi bermotosikal dengan kerjasama komuniti Facebook Honda Future 125 Malaysia pada penghujung tahun ini. Konvoi tersebut akan bermula di Kilometer Sifar Semenanjung Malaysia di Johor Bahru dan akan melalui salah satu daripada tiga jalan persekutuan tulang belakang utama di Semenanjung Malaysia, sama ada Jalan Persekutuan 1 (Johor Bahru-Bukit Kayu Hitan), Jalan Persekutuan 3 (jalan raya pesisir pantai timur, Johor Bahru-Rantau Panjang), atau Jalan Persekutuan 5 (jalan raya pesisir pantai barat, Johor Bahru-Ipoh).

Bagi menjayakan konvoi ini, saya amat mengharapkan sokongan serta kerjasama para pembaca sekelian untuk memberikan sebarang cadangan bagi memastikan konvoi ini berjaya. Nyatakan sokongan anda sama ada melalui ruangan komen bagi entri ini, laman Facebook Blog Jalan Raya Malaysia, laman Facebook Honda Future 125 Malaysia, ataupun di laman perbincangan Honda Future 125 Malaysia.

Sokongan para pembaca semua amat kami hargai!

No comments:

Post a Comment