Wednesday, May 8, 2013

JTX5000 kini boleh dibeli di Blog Jalan Raya Malaysia! / JTX5000 can now be purchased at Malaysian Highway Blog!



Salam sejahtera,

Minggu lalu saya telah menulis reviu serta testimoni eksklusif bagi produk rawatan minyak enjin JTX5000 yang telah diuji pada motosikal Honda Wave 125X Ultimo saya, yang terbukti mampu meningkatkan prestasi enjin motosikal, mengurangkan geseran serta melanjutkan jangka hayat enjin motosikal anda. Melalui testimoni tersebut, dalil-dalil keberkesanan JTX5000 dapat dirumuskan seperti berikut:-
  1. Enjin lebih mudah dihidupkan walaupun ketika enjin sejuk serta sudah lama tidak dihidupkan
  2. Enjin semakin senyap
  3. Suhu operasi enjin lebih rendah tanpa sebarang penurunan prestasi, sekaligus mencegah enjin daripada lampau panas
  4. Kelajuan maksimum dapat dicapai dengan lebih mudah
  5. Lebih jimat petrol

Hari ini, saya ingin menyampaikan berita baik kepada para pemilik motosikal yang ingin mendapatkan JTX5000 tetapi tiada pengedar terdekat seperti di Melaka dan Johor - anda kini boleh membeli JTX5000 di Blog Jalan Raya Malaysia! JTX5000 dijual dengan harga RM20 + RM6 bagi kos penghantaran (jumlah: RM26).

Bagaimana hendak membelinya? Mudah sahaja!
  1. Buat pembayaran melalui akaun bank:-
    Hong Leong Bank: 151-50-05077-8 
    Bank Simpanan Nasional: 01133-29-00024751-3
    atas nama akaun Mohd. Hezery bin Hussin berjumlah RM26
  2. Simpan resit bank asal dan scan resit tersebut. Jika tiada scanner, anda boleh juga menggunakan kamera digital atau kamera telefon bimbit untuk mengambil gambar resit asal, dengan syarat imej resit tersebut kelihatan jelas dan tidak kabur (mesti kelihatan kesemua butiran dalam resit bank)
  3. Sertakan fail gambar resit bank tersebut sebagai attachment dan e-melkan butiran berikut kepada squall_shinoda@hotmail.com:-
    • Nama
    • Alamat
    • No. K/P
    • No. tel.
  4. Kami akan memaklumkan kepada anda sebaik sahaja menerima wang tersebut sebagai pengesahan. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh seminggu sebaik sahaja pembayaran telah diterima dan disahkan.
Bagi pengguna di Lembah Klang, khidmat COD (cash on delivery) disediakan. Tiada kos penghantaran bagi pengguna di Batu Caves, Selayang, Gombak, Sentul dan Pekan Batu (Jalan Ipoh). Bagi pengguna selain daripada lokasi di atas, kos penghantaran RM6 akan digunakan.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment